Adab Niat
1.
Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan
amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal
perbuatan itu bergantung pada niatnya.
2.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
"
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas
tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
dan yang demikian itulah agama yang benar ".
3.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi
tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".
4.
Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan
memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.
5.
Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat
pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk
maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan
dosanya.
6.
Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua
amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .
No comments:
Post a Comment